X

search

Articles

Pupuk minat jadi jurutera

Cita-cita asalnya mahu menjadi seorang saintis dalam bidang perubatan apabila dewasa kelak, tetapi kini minatnya juga semakin bercambah ke arah kejuruteraan selepas melihat petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Stesen Janaelektrik Putrajaya melakukan kerja mereka.

Muhammad Nursyam Samsul, 16, dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, Tawau, Sabah mendapat peluang menyaksikan sendiri petugas di situ melakukan kerja mereka selepas terpilih mengikuti Program Mutiara Timur 2015 anjuran TNB menerusi Yayasan Tenaga Nasional (YTN) kelolaannya.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB yang berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 November lalu bertujuan memberi pendedahan dan mencetuskan aspirasi kepada 50 orang pesertanya selain bertindak sebagai landasan untuk pelajar ini mengenali operasi harian TNB dan kampus Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

Menurut Muhammad Nursyam yang memperoleh keputusan 9A1B dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), dia berasa cukup bertuah, gembira dan bersyukur kerana dapat menyertai program yang penuh dengan manfaat itu.

"Kami dibawa melawat ke pelbagai tempat menarik di sekitar Wilayah Persekutuan dan Putrajaya di mana sebelum ini saya tidak pernah lawati walaupun sudah beberapa kali ke Semenanjung bersama keluarga.

"Memori paling manis tentu saja dapat menjejakkan kaki di UNITEN dan Stesen Janaelektrik Putrajaya kerana dua lokasi ini membuka persepsi baru dalam kehidupan saya sebagai seorang anak muda dan pelajar yang perlu belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya pada masa depan.

"Selain itu, mereka juga menawarkan pembiayaan pendidikan seperti biasiswa YTN kepada pelajar yang layak untuk melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di dalam dan luar negara," katanya yang mendapat Anugerah Peserta Terbaik Lelaki pada majlis penutupan rasmi Program Mutiara Timur 2015 yang diadakan di rhr Hotel, UNITEN, baru-baru ini.

Majlis penutupan rasmi itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan, Datuk Ahmad Tajudin Jab. Hadir sama, Pengerusi TNB merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YTN, Tan Sri Leo Moggie.

Turut sama berasa teruja seperti Muhammad Nursyam ialah Nashley Ursula Mundi Ujai, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan St Augustine, Betong, Sarawak, yang berpendapat program berkenaan memberi banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman baru kepada dirinya.

"Selain diberi kesempatan melawat ke tempat menarik seperti Dataran Merdeka, Pasar Seni dan Petrosains, saya juga mendapat lebih keberanian serta keyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai.

"Perkara ini saya dapati menerusi program dalam kumpulan dan sesi motivasi yang dijalankan. Saya lebih berani untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan ahli kumpulan serta peserta lain di mana kebanyakan kami baru berjumpa buat kali pertama," katanya.

Guru Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Balong, Tawau, Sabah, yang juga selaku guru pengiring peserta program, Roslan Tola berkata, program berkenaan memberi pendedahan awal kepada pelajar terhadap realiti sebenar alam pekerjaan serta pengajian di universiti.

Selain itu, ia juga bagus berikutan pelajar mendapat pengalaman secara 'hands on' sepanjang program itu berlangsung.

"Kami amat menghargai usaha yang dilakukan pihak TNB kerana majoriti peserta kali ini tidak pernah sampai ke Semenanjung. Keinginan dan komitmen mereka sepanjang program sangat memberangsangkan.

"Bagi saya, prestasi pelajar di luar bandar setanding dengan mereka di bandar utama. Apa yang membezakan mungkin cuma mereka kurang mendapat pendedahan," katanya.

Sementara itu, Moggie berkata, melalui Program Mutiara Timur 2015 ini, ia dapat meningkatkan kesedaran peserta terhadap peluang pendidikan yang ada khususnya dalam kalangan pelajar luar bandar.

"Saya berharap semua pelajar membawa pulang ilmu dan pengalaman tidak ternilai harganya selama mengikuti program ini. Tanamkan dalam diri semangat mahu berjaya dan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita.

"Usaha atau sumbangan daripada YTN ini tidak seberapa dan ia adalah hadiah kepada anak-anak terutamanya yang datang dari luar bandar, tetapi cemerlang dalam pelajaran seperti kamu semua," katanya.

Ahmad Tajudin mengucapkan syabas kepada TNB melalui YTN yang berjaya meneruskan pelaksanaan program berorientasikan pendidikan ini. Berkat kesungguhan dan komitmen yang tinggi, YTN berjaya mengumpulkan 50 orang pelajar yang terpilih berdasarkan pencapaian akademik dan ko-kurikulum dari Sabah dan Sarawak.

"Harapan saya, program ini dapat menjadi tauladan yang baik kepada badan korporat lain serta seluruh rakyat di Malaysia. Program ini juga dilihat satu usaha untuk membina generasi 1Malaysia yang lebih kukuh dan dinamik dengan pembentukan generasi pelapis seawal usia muda lagi.

"Tidak dapat dinafikan, TNB juga berjaya membuktikan komitmen dalam memajukan dan memperkasakan pendidikan dalam penganjuran program seumpama ini," katanya.

Source: Harian Metro

Share on

          

copyright © 2019 yayasan tenaga nasional (PPAB-05/1996). all rights reserved.

X

March 2018 online applications are now closed

for Yayasan Tenaga Nasional's Education Assistance – Scholarship and Loans.

Enquiries about Scholarships and Loans?

email us

X

TERMS AND CONDITIONS

Welcome to our website. If you continue to browse and use this website, you are agreeing to comply and be bound by the following terms and conditions of use. If you disagree with any part of these terms and conditions, please do not use our website.

The use of this website is subject to the following terms of use:

Acceptance of Terms and Conditions: Yayasan Tenaga Nasional ("YTN") reserves the right to amend or modify these terms and conditions at any time by posting the amended terms and conditions on this website without notice, and such amendment will take effect at the time of posting.

Contents and Materials: The content of the pages of this website is for your general information and use only. YTN provides no warranty or guarantee as to the accuracy, timeliness, performance, completeness or suitability of the information and materials found or offered on this website for any particular purpose. Your use of any information or materials on this website is entirely at your own risk, for which YTN shall not be liable.

Jurisdiction and Ownership: This website, including the terms and conditions is subject to, all applicable laws of Malaysia, notwithstanding that it is or may be viewed in any other jurisdiction.

Links to other websites: YTN may provide links to internet sites belonging to third parties. However, YTN have no control over such websites, therefore you acknowledge that YTN is not responsible for the accuracy of the content of those sites or their conduct or availability, and agree that YTN is not liable, directly or indirectly, for any damage or loss caused or alleged to be caused by or in connection with use of or reliance on any such contents, materials or services contained within any such site.

Copyright Notice: YTN reserves all intellectual property rights, in relation to the design, layout, graphics and content contained in this website. Reproduction is prohibited, without the prior written consent of YTN.

Indemnification: You agree to defend, indemnify and hold harmless YTN, its affiliates and their respective board of trustees, directors, employees, agents or subcontractors from and against all loss, damage, claims or expenses including attorneys' fees, arising out of the use of the website by you or your account in breach of this terms and conditions.

Privacy Statement: As the owner and operator of this website, YTN will obtain and retain certain information about those who are using this website, through its internet host server. YTN reiterate that the information collected about you will not be disclosed or sold to any third party whatsoever.

X

Personal Data Protection Policy

We, Yayasan Tenaga Nasional respect the privacy of all individuals with whom we have contractual relationship. We are committed to protecting all Personal Data kept by us.

For this reason, Yayasan Tenaga Nasional has adopted this Personal Data Protection ("this Policy") in compliance with the Personal Data Protection Act 2010 of Malaysia ("PDPA").

Read more on PDPA

Disclaimer

The information contained in this website is for information purposes only. We endeavour to keep the information up to date and correct. However, we make no representations or warranties of any kind, express or implied, about the completeness, accuracy, reliability, suitability or availability with respect to the website or the information, products, services, or related graphics contained on the website for any purpose. We cannot accept responsibility for any incorrect or incomplete content found on this website.

In no event will we be liable for any loss or damage including without limitation, indirect or consequential loss or damage, or any loss or damage whatever arising from loss of data or profits arising out of, or in connection with, the use of this website.

Every effort is made to keep the website up and running smoothly. However, Yayasan Tenaga Nasional takes no responsibility for, and will not be liable for, the website being temporarily unavailable due to technical issues beyond our control.