Seramai tiga orang pelajar tajaan TNB Prime Scholarship dan seorang pelajar tajaan TNB Shine Sponsorhip
mengharumkan nama Yayasan Tenaga Nasional apabila menerima Anugerah Canselor dalam satu Majlis Istiadat
Konvokesyen UNITEN yang ke-23 baru-baru ini.
Pelajar tersebut ialah Nur Fatihah Johari, Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes (Kepujian) Pengurusan
Sumber Manusia, Nurin Sofiya Zaini, Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Tenaga, Irdina Batrisyia Riza Adami,
Ijazah Sarjana Muda, Pentadbiran Bisnes (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia dan Ahmad Danial 'Irfan Husain, Ijazah
Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian) Kejuruteraan Perisian.
Turut membanggakan Yayasan Tenaga Nasional, seramai 24 orang pelajar tajaan TNB Prime Scholarship dan TNB Shine
Sponsorship di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda turut menerima Anugerah Naib Canselor dalam Majlis
Istiadat Konvokesyen UNITEN yang berlangsung sepanjang 12-18 Mac 2022.
Tahniah para graduan tajaan YTN!! Semoga kecemerlangan anda menjadi inspirasi generasi masa hadapan.
Source: YTN