Amerika Syarikat – Dua orang pelajar biasiswa tajaan YTN (tahun 2), Jusey Reccla dan Nur Athirah Atikah Abdul Aziz yang mengambil Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi di University of Wisconsin-Madison telah mengharumkan nama Yayasan Tenaga Nasional secara tidak langsung imej TNB kerana telah memenangi pertandingan ‘Business Case’ yang bertemakan ‘Navigating a Changing Global Environment’.
Program ini telah dianjurkan oleh ‘International Council Of Malaysian Scholars and Associates’ dan ‘ US East Coast Presidential Council’ pada 9 hingga 10 Februari 2019 yang lalu dan bertempat di Ohio State University, Columbus, Ohio. 2 orang pelajar tajaan biasiswa YTN ini telah memenangi tempat pertama dengan membawa pulang ganjaran sebanyak USD 300 atau RM 1,226.82.
Ini merupakan hadiah yang bermakna untuk mereka berdua. Tahniah diucapkan!! Semoga menjadi contoh kepada pelajar-pelajar tajaan YTN yang lain.
Source: YTN