PERMOHONAN BIASISWA DAN PINJAMAN BOLEH UBAH YAYASAN TENAGA NASIONAL  
     
  IKLAN PINJAMAN BOLEH UBAH DIPLOMA UNITEN  
   
     
  SILA KLIK UNTUK MOHON  
   
     
 
Syarat & Kelayakan Akademik
 
SYARAT AKADEMIK
Bidang Kejuruteraan Bidang bukan Kejuruteraan
Kursus :
- Elektrik Kuasa
- Awam
- Mekanikal
Kursus:
- Perakaunan
- Kewangan
- Bisnes
- Sains Komputer
Lulus SPM termasuk Bahasa Melayu dengan memperolehi agregate tidak melebihi 25 unit*( <25 unit )  dalam kombinasi  lima (5) subjek seperti berikut : Lulus SPM termasuk Bahasa Melayu dengan memperolehi agregate tidak melebihi 25 unit*( <25 unit )  dalam kombinasi  lima (5) subjek seperti berikut :
- Matematik
- Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains / Fizik / Matematik Tambahan / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi
atau atau
Lulus Sijil dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.80 (PNGK > 2.80) dalam bidang yang berkaitan

pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut:-

  Pendidikan Moral / Pengetahuan Agama Islam / Bahasa Arab Tinggi / Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah.
atau
Lulus Sijil dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.80 (PNGK > 2.80) dalam bidang yang berkaitan.

*Cara Pengiraan Aggregate: ( A+ = 0,  A=1, A- =2, B+=3, B=4, C+=5, C=6,  D=7, E=8, G=9 )

 
SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN
- Berumur tidak melebihi 23 tahun sebelum atau pada 1/1/2017
- Permohonan ini layak untuk Anak Anggota Kerja TNB dan Anak-anak Syarikatnya sahaja.
- Manakala pelajar yang sedia ada di UNITEN mestilah mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini (Semester 1, 2017/2018).
- Mendapat tempat di UNITEN.
- Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA.
- Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.
   
PENGHANTARAN DOKUMEN
- Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja perlu menghantar dokumen sokongan. Pelajar baharu yang disenarai pendek diwajibkan menghantar salinan surat tawaran Universiti dan resit BMK bersama dengan dokumen sokongan yang lain.
- Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-
  Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Peti Surat 70
Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
   
NILAI BANTUAN PINJAMAN BOLEH UBAH
Jenis Pinjaman Nilai Bantuan Pinjaman
Anak Anggota Kerja TNB  dan Anak-anak Syarikatnya sahaja yang layak memohon
 
Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM 6,000 setahun)
+ Elaun Buku (RM 600 setahun)
 
   
TARIKH-TARIKH PENTING
- Tarikh buka permohonan adalah mulai 6-19 Oktober 2017.
- Tarikh semakan nama calon yang disenarai pendek bermula pada 24 Oktober 2017.
- Tarikh akhir penghantaran dokumen sokongan adalah 31 Oktober 2017.
   
LAIN-LAIN
- Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak mendapat apa –apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Penajaan berkuatkuasa mulai Semester 2, 2017/2018 bagi yang berjaya.
   
PERTANYAAN
Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:
Program Uniten
- Encik Mohd Nasir Ali (03- 8924 7511)
- Encik Khairil Anuar Mohamad (03-8924 7531)
- Encik Mohamad Syahir (03-8924 7529)
- Cik Fatimah Mustafa (03-8924 7539)

Teknikal / Sistem

- Encik Muhamad Ros Azmir Roslan (03-8924 7523)
- Pn Noor Marhammah Wahab (03-8924 7543)
   
 
     
  SILA KLIK UNTUK MOHON  
   
     
  PETA PROSES PINJAMAN BOLEH UBAH  
   
  PETA PROSES BIASISWA