PERMOHONAN BIASISWA DAN PINJAMAN BOLEH UBAH YAYASAN TENAGA NASIONAL
 
 
     
  IKLAN PINJAMAN BOLEH UBAH UNITEN IJAZAH  
   
     
  SILA KLIK UNTUK MOHON  
   
 
Syarat & Kelayakan Akademik
   
PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
  Lulus Peringkat Asas (Foundation) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan.
 
SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN
- Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 01/01/2017
- Hanya pelajar yang telah menamatkan peringkat asas sahaja yang layak memohon.
- Permohonan hanya untuk pengambilan Peringkat Ijazah Sarjana Muda (Pengambilan Jun 2017) sahaja dan telah Mendapat tempat di UNITEN.
-
Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada suatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA.
- Pendapatan ibu bapa diambilkira dalam menentukan jenis Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan, iaitu sama ada bantuan penuh atau separa
-
Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.
 
LAIN-LAIN
-
Bilangan Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
-
Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
-
Permohonan yang tidak mendapat apa-apa maklumat selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
   
PENGHANTARAN DOKUMEN
- Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan.
- Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-
  Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Aras 1, Bangunan BB, Universiti Tenaga Nasional
Jalan Ikram-Uniten
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
   
NILAI BANTUAN PINJAMAN BOLEH UBAH
Jenis Pinjaman Berdasarkan Pendapatan Ibu-bapa Nilai Bantuan Pinjaman
Pinjaman Penuh
- Calon yang ibu-bapanya berpendapatan tidak melebihi RM5,000 (< RM5,000) sebulan
 
Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM 6,000 setahun) + Elaun Buku (RM 600 setahun) + Elaun Komputer (RM2,000)
Pinjaman Separa
- Calon yang ibu-bapanya berpendapatan melebihi RM5,000 (> RM5,000)  sebulan
Yuran Pengajian + Elaun Buku (RM600 setahun) + Elaun Komputer (RM2,000)
   
PERTANYAAN
Pengambilan
- Encik Khairil Anuar Mohamad (samb: 7531)
- Encik Mohd Nasir Ali (samb: 7511)
- Cik Fatimah Mustafa (samb: 7539)
- Encik Mohamad Syahir Mohamud (samb: 7529)

Teknikal / Sistem

- Pn. Noor Marhammah Wahab(samb: 7543)
   
 
  SILA KLIK UNTUK MOHON  
   
     
  PETA PROSES PINJAMAN BOLEH UBAH  
   
  PETA PROSES BIASISWA