PERMOHONAN BIASISWA DAN PINJAMAN BOLEH UBAH YAYASAN TENAGA NASIONAL  
     
  IKLAN PINJAMAN BOLEH UBAH UNITEN ASAS / IJAZAH  
   
     
  SILA KLIK UNTUK MOHON  
   
     
 
Syarat & Kelayakan Akademik
PERINGKAT ASAS
Bidang Kejuruteraan Bidang Bukan Kejuruteraan, Teknologi Maklumat & Sains Komputer
Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam bahasa Melayu dan Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam bahasa Melayu dan
Memperolehi Agregat tidak melebihi 18 unit* (<18 unit) dalam lima (5) subjek-subjek berikut: Memperolehi Agregat tidak melebihi 18 unit* (<18 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek-subjek berikut:
- Matematik (Gred minima = A-) - Bahasa Inggeris
- Matematik Tambahan (Gred minima = B) - Matematik
- Fizik (Gred minima = B) - 3 daripada subjek-subjek berikut:-
- Kimia (Gred minima = C)    
- Bahasa Inggeris (Gred minima = C)   Sains / Fizik / Matematik Tambahan / Kimia / Prinsip Akaun / Perdagangan / Ekonomi Asas / Sejarah / Geografi atau
     
  Pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut:-
   
  Pendidikan Moral / Pengetahuan Agama Islam/ Bahasa     Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi) / Tasawwur Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah

*Cara Pengiraan Aggregate: ( A+ = 0,  A=1, A- =2, B+=3, B=4, C+=5, C=6,  D=7, E=8, G=9 )

   
PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
a. Lulus STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (PNGK > 3.00) atau
b. Lulus Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) dalam bidang yang berkaitan atau
c. Lulus Matrikulasi / Asas dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan.
 
SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN
- Peringkat Asas, mestilah berumur tidak melebihi 19 tahun pada 1/1/2017.
- Hanya pemohon kemasukan September 2017 yang telah mendapat tempat di UNITEN sahaja layak memohon.
- Peringkat Ijazah Sarjana Muda, hendaklah berumur tidak melebihi 23 tahun pada 1/1/2017.
- Telah mendapat tempat di UNITEN.
- Bagi para pelajar Ijazah yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini (Semester 1, 2017/2018)
- Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada satu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA.
- Pendapatan ibu bapa diambilkira dalam menentukan jenis Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan, iaitu sama ada bantuan penuh atau separa.
- Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.
   
PENGHANTARAN DOKUMEN
- Hanya calon yang telah disenarai pendek sahaja yang perlu menghantar dokumen sokongan. Pelajar baharu yang disenarai pendek diwajibkan menghantar salinan surat tawaran Universiti dan resit BMK bersama dengan dokumen sokongan yang lain.
- Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-
  Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Peti Surat 70
Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
   
NILAI BANTUAN PINJAMAN BOLEH UBAH
Jenis Pinjaman Berdasarkan Pendapatan Ibu-bapa Nilai Bantuan Pinjaman
Pinjaman Penuh
- Calon anak anggota kerja TNB atau
- Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan tidak melebihi RM8,000 (< RM8,000) sebulan.
Peringkat Asas & Ijazah
Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM 6,000 setahun)
+ Elaun Buku (RM 600 setahun)
 
Pinjaman Separa
- Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan melebihi RM8,000 (> RM8,000)  sebulan.
Peringkat Asas & Ijazah
Yuran Pengajian + Elaun Buku (RM600 setahun)
 
   
TARIKH-TARIKH PENTING
- Tarikh buka permohonan adalah mulai 6 - 19 Oktober 2017
- Tarikh semakan nama calon yang disenarai pendek bermula pada 24 Oktober 2017.
- Tarikh akhir penghantaran dokumen sokongan adalah 31 Oktober 2017.
   
LAIN-LAIN
- Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
- Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
- Permohonan yang tidak mendapat apa –apa maklumat selepas tiga (3) bulan dianggap tidak berjaya. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.
- Penajaan berkuatkuasa mulai Semester 2, 2017/2018 bagi yang berjaya.
   
PERTANYAAN
Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:
Program Uniten
- Encik Mohd Nasir Ali (03- 8924 7511)
- Encik Khairil Anuar Mohamad (03-8924 7531)
- Encik Mohamad Syahir (03-8924 7529)
- Cik Fatimah Mustafa (03-8924 7539)

Teknikal / Sistem

- Encik Muhamad Ros Azmir Roslan (03-8924 7523)
- Pn Noor Marhammah Wahab (03-8924 7543)
   
 
     
  SILA KLIK UNTUK MOHON  
   
     
  PETA PROSES PINJAMAN BOLEH UBAH  
   
  PETA PROSES BIASISWA