Latar Belakang

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) telah diasaskan pada Julai 1993 dengan objektif utamanya untuk menerima dan menguruskan dana bagi tujuan pendidikan dan kebajikan. Pengerusi YTN yang pertama ialah Y. Bhg. Tan Sri Dr Ani Arope.

YTN ditubuhkan berdasarkan kepada “Trust Under Trustees” (Incoporation) Act 1952. Sepanjang tempoh penubuhannya, aktiviti-aktiviti YTN memberi tumpuan terhadap pendidikan tinggi dan sebahagiannya menjurus kepada program-program kebajikan.

Objektif penubuhan YTN ialah untuk menerima dan menguruskan sumbangan bagi maksud pendidikan dan kebajikan dengan cara seperti berikut:-

1.     Menggalakkan, membangun serta memajukan pendidikan yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.     Mewujudkan, menjaga serta mentadbir dana biasiswa.

3.     Menyumbang s erta memberi derma kepada institusi tempatan yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

4.     Membantu, menolong serta meringankan beban mereka yang miskin dan memerlukan.

5.     YTN juga diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus Pinjaman Boleh Ubah (PBU) TNB.