Kebajikan

Untuk menonjolkan TNB sebagai sebuah badan korporat terunggul dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya, antara program-program berbentuk kebajikan-pendidikan yang dilaksanakan oleh YTN ialah:

Program:-

Kem Remaja Bestari(KRB)

Program ini adalah program tahunan yang telah bermula semenjak 2001 untuk anak-anak anggota kerja TNB serta sebilangan anak-anak yatim dan anak-anak daripada golongan yang kurang berkemampuan dari seluruh Malaysia. Program ini berbentuk aktiviti luar yang memberi pendedahan kepada kemahiran hidup serta motivasi diri yang dikhaskan untuk anak-anak darjah lima, tingkatan dua dan tingkatan empat sahaja. Pelaksaanaan dibuat melalui kerjasama dengan jabatan-jabatan TNB setempat dengan bantuan jururunding yang dilantik.

 

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Program untuk membantu mengukuh dan mempertingkatkan imej dan kredibiliti pelajar-pelajar tajaan YTN. Ia melatih pelajar-pelajar tajaan YTN untuk dekat dengan masyarakat serta sebagai persediaan mereka setelah tamat pengajian kelak. Melalui pelaksanaan program, pelajar-pelajar ini:

 

Diberi pendedahan kepada aktiviti-aktiviti CSR

Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan badan-badan Kerajaan, Korporat, NGO

 

Mendapat pengalaman mengendalikan program, public speaking

Memperkuatkan semangat setiakawan, disiplin

 

Dibimbing dan dilatih untuk menjadi pemimpin

Sumbangan:-

Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Ia adalah usahasama TNB melalui YTN dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) melalui sumbangan kewangan kepada MAKNA untuk membantu masyarakat umum mendapat kesedaran tentang penyakit kanser agar langkah pencegahan awal dapat diambil oleh masyarakat luar bandar melalui program yang dijalankan oleh MAKNA. Sumbangan ini adalah dalam bentuk subsidi kepada masyarakat luar bandar yang menggunakan perkhidmatan untuk membuat ujian awal penyakit kanser (menjalani pemeriksaan mamografi) melalui program saringan kanser bergerak MAKNA (MAKNA Mobile Cancer Screening).

Institut Jantung Negara (IJN)

Ia adalah usahasama TNB melalui YTN dengan Institut Jantung Negara (IJN) melalui sumbangan kewangan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dari golongan keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan untuk menjalani pembedahan. Dengan sumbangan ini, diharap pesakit yang berjaya dalam pembedahan dapat menjalani hidup yang lebih sempurna.