Lawatan Penanda Aras 5S YTN ke SUK Johor

Johor - Setara dengan komitmen Yayasan Tenaga Nasional dalam membudayakan Amalan Persekitan Berkualiti QE-5S, seramai 16 orang anggota kerja yang terdiri dari AJK Induk dan Ketua Zon 5S telah mengikuti satu lawatan penanda aras QE-5S  pada 19 Disember 2013 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor.

Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi idea dan pengalaman serta melihat sendiri usaha-usaha yang dijalankan bagi mengamalkan Amalan Persekitaran Berkualiti QE-5S dari Jabatan yang telah diiktiraf oleh MPC dalam membudayakan Amalan Persekitan Berkualiti QE-5S dengan cemerlang.

Hasil daripada lawatan tersebut, beberapa perkara telah dapat dikenalpasti dan dapat menyumbangkan idea sekaligus meniup kembali semangat warga kerja dalam mengekalkan dan mempertahankan persijilan 5S dari MPC di YTN.