'LEGAL AWARNESS' PELAJAR UiTM SHAH ALAM & PUNCAK ALAM

Pada 5 Disember 2015, Unit Undang undang & Kontrak mengadakan sesi ramah mesra bersama pelajar tajaan Pinjaman BolehUbah UiTM Shah Alam dan Puncak Alam seramai 39 orang.

Sesi seperti  ini adalah pertama kali di buat bagi pelajar UiTM Shah Alam untuk menerangkan tentang isi kandung perjanjian pinjaman bolehubah serta implikasi pecah kontrak dan juga tindakkan yang akan diambil oleh YTN jika terdapat kes kes tersebut.

Program Legal Awarness kali ini di mulakan dengan santai , terlebih dahulu sesi berkenalan antara pelajar yang mana mereka tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini.

 

LEGAL AWARNESS 2016 PELAJAR PBU UTHM

Pada 29 April yang lalu seramai 21 orang pelajar telah menghadirikan diri ke program ` Sesi Ramah Mesra ’ inisiatif Unit Undang undang & Kontrak YTN.

Program ini pertama kali di adakan bagi pelajar PBU IPTA di UTHM, memandangkan pelajar pelajar ini kurang pendedahan tentang perkara perkara yang membolehkan mereka di kenakan tindakan undang undang semasa dalam pengajian mahupun setelah bergraduan kelak, itu kata kata dari Puan Rozita serta Tn Hj Nizam yang memberikan nasihat dan ingatan kepada para pelajar supaya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dan mematuhi segala isikandung perjanjian pinjaman bolehubah YTN.

Read more...

Penyerahan Dokumen Perjanjian Pinjaman Bolehubah Uniten Bagi Pengambilan September 2013

Uniten - Pada 20 Disember yang lalu, satu sesi penyerahan dokumen Perjanjian Pinjaman Bolehubah YTN telah diadakan bagi pelajar Uniten yang layak bagi kemasukan September 2013.

Seramai lebih kurang 80 orang pelajar yang berjaya menerima Pinjaman Bolehubah YTN telah hadir bagi mendengar panduan bagi mengisi dokumen perjanjian pinjaman tersebut. Selain itu, pelajar juga diberi penerangan tentang syarat-syarat yang terkandung di dalam perjanjian tersebut.

Taklimat ini telah disampaikan oleh Tn Hj Nizam dengan dibantu oleh Pn Mulliana, Pn Azura dan En Ahmad Zehne dari Unit Undang undang & Kontrak Yayasan Tenaga Nasional.

Tn Hj Nizam dari Unit Undang undang & Kontrak sedang memberikan taklimat kepada pelajar

 

Semakan Dokumen Perjanjian Pelajar UNITEN Muadzham

Muadzam - Pada 26 jun yang lalu, pihak Unit Undang undang & kontrak serta UPT telah mengambil satu inisiatif untuk ke Uniten Muadzam Shah bagi menyemak dokumen perjanjian pinjaman yang telah para pelajar lengkapkan.  

 Tujuan utama perjumpaan ini adalah untuk mengurangkan kesilapan dalam pengisian dokumen perjanjian disamping para pelajar dapat lebih memahami tatacara pengisian dokumen dan lain-lain hal berkaitan YTN bagi mengelakkan berlakunya perselisihan maklumat ataupun pecah kontak apabila tamat belajar nanti.  

 Perjumpaan ini telah diwakili oleh Tn Hj Nizam dari Unit Undang-undang & kontrak dan dibantu oleh Ahmad Zehne, manakala wakil dari unit UPT adalah En Ahmad Iqbal.