Biasiswa Pendidikan

BIASISWA

 Setiap tahun, YTN akan menaja pelajar bentuk biasiswa di Institusi Pengajian Tinggi di dalam dan luar negara dalam bidang teras TNB iaitu Kejuruteraan Elektrik Kuasa, Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, Mekanikal, Awam, Kewangan, Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Perakaunan dan Pengurusan Bisnes.


 Universiti Terkemuka Luar Negara

 Program Biasiswa Universiti Luar Negara mensasarkan para pelajar yang cemerlang di peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) untuk mengikuti pengajian di universiti-universiti terpilih oleh YTN di luar negara. Pada masa kini, YTN sedang menaja pelajar dari United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Bidang pengajian adalah seperti berikut:-

Ijazah Sarjana Muda:-
  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Perakaunan
 
Syarat Am:-
  • Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM atau STPM
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM dan 21 tahun bagi calon lepasan STPM
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi

 

Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
 

Universiti Tenaga Nasional

Program Biasiswa Universiti Tenaga Nasional juga memberi tumpuan kepada para pelajar yang cemerlang di peringkat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti pengajian selama 4 atau 5 Tahun dalam semua bidang yang ditawarkan oleh UNITEN. Penajaan Biasiswa adalah bermula dari peringkat Asas.Bidang Pengajian ditawarkan adalah seperti berikut :

Asas Kejuruteraan :-
  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Sains Komputer
 
Asas Bukan Kejuruteraan:-
  • Teknologi Maklumat
  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Pengajian Bisnes
 
Syarat Am:-
  • Lulus dengan cemerlang dalalm peperiksaan SPM
  • Berumur tidak melebihi 19 tahun bagi calon lepasan SPM
  • Aktif dalam kegiatan Ko-kurikulum
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  • Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
 

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Program biasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) memberi fokus kepada para pelajar cemerlang di peringkat lepasan STPM, Matrikulasi dan Diploma untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Bidang Pengajian ditawarkan adalah seperti berikut :

 Ijazah Sarjana Muda :-
  • Kejuruteraan Elektrik Kuasa
  • Kejuruteraan Mekanikal
  • Kejuruteraan Awam
  • Perakaunan
 
Syarat Am:-
  • Lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan STPM, Matrikulasi, atau Diploma
  • Berumur tidak melebihi 23 tahun
  • Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum
  • Mempunyai keperibadian dan ciri kepimpinan yang tinggi
  • Tiada adik beradik yang sedang menerima biasiswa YTN
  • Khusus untuk pelajar kemasukan baru semester pertama yang telah mendapat tempat di IPTA
     

 

 

 

Kebajikan

Untuk menonjolkan TNB sebagai sebuah badan korporat terunggul dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporatnya, antara program-program berbentuk kebajikan-pendidikan yang dilaksanakan oleh YTN ialah:

Program:-

Kem Remaja Bestari(KRB)

Program ini adalah program tahunan yang telah bermula semenjak 2001 untuk anak-anak anggota kerja TNB serta sebilangan anak-anak yatim dan anak-anak daripada golongan yang kurang berkemampuan dari seluruh Malaysia. Program ini berbentuk aktiviti luar yang memberi pendedahan kepada kemahiran hidup serta motivasi diri yang dikhaskan untuk anak-anak darjah lima, tingkatan dua dan tingkatan empat sahaja. Pelaksaanaan dibuat melalui kerjasama dengan jabatan-jabatan TNB setempat dengan bantuan jururunding yang dilantik.

 

Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Program untuk membantu mengukuh dan mempertingkatkan imej dan kredibiliti pelajar-pelajar tajaan YTN. Ia melatih pelajar-pelajar tajaan YTN untuk dekat dengan masyarakat serta sebagai persediaan mereka setelah tamat pengajian kelak. Melalui pelaksanaan program, pelajar-pelajar ini:

 

Diberi pendedahan kepada aktiviti-aktiviti CSR

Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan badan-badan Kerajaan, Korporat, NGO

 

Mendapat pengalaman mengendalikan program, public speaking

Memperkuatkan semangat setiakawan, disiplin

 

Dibimbing dan dilatih untuk menjadi pemimpin

Sumbangan:-

Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

Ia adalah usahasama TNB melalui YTN dengan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) melalui sumbangan kewangan kepada MAKNA untuk membantu masyarakat umum mendapat kesedaran tentang penyakit kanser agar langkah pencegahan awal dapat diambil oleh masyarakat luar bandar melalui program yang dijalankan oleh MAKNA. Sumbangan ini adalah dalam bentuk subsidi kepada masyarakat luar bandar yang menggunakan perkhidmatan untuk membuat ujian awal penyakit kanser (menjalani pemeriksaan mamografi) melalui program saringan kanser bergerak MAKNA (MAKNA Mobile Cancer Screening).

Institut Jantung Negara (IJN)

Ia adalah usahasama TNB melalui YTN dengan Institut Jantung Negara (IJN) melalui sumbangan kewangan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dari golongan keluarga yang berpendapatan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan untuk menjalani pembedahan. Dengan sumbangan ini, diharap pesakit yang berjaya dalam pembedahan dapat menjalani hidup yang lebih sempurna.

 

 

Latar Belakang

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) telah diasaskan pada Julai 1993 dengan objektif utamanya untuk menerima dan menguruskan dana bagi tujuan pendidikan dan kebajikan. Pengerusi YTN yang pertama ialah Y. Bhg. Tan Sri Dr Ani Arope.

YTN ditubuhkan berdasarkan kepada “Trust Under Trustees” (Incoporation) Act 1952. Sepanjang tempoh penubuhannya, aktiviti-aktiviti YTN memberi tumpuan terhadap pendidikan tinggi dan sebahagiannya menjurus kepada program-program kebajikan.

Objektif penubuhan YTN ialah untuk menerima dan menguruskan sumbangan bagi maksud pendidikan dan kebajikan dengan cara seperti berikut:-

1.     Menggalakkan, membangun serta memajukan pendidikan yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.     Mewujudkan, menjaga serta mentadbir dana biasiswa.

3.     Menyumbang s erta memberi derma kepada institusi tempatan yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

4.     Membantu, menolong serta meringankan beban mereka yang miskin dan memerlukan.

5.     YTN juga diberi tanggungjawab untuk mentadbir dan mengurus Pinjaman Boleh Ubah (PBU) TNB.

Lembaga Pemegang Amanah

a) Y. Bhg. Tan Sri Amar Leo Moggie

b) Y. Bhg. Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud

c) Y. Bhg. Dato’ Dr. Megat Abdul Rahman Megat Ahmad

d) Y. Bhg. Dato’ Muhammad Razif bin Abdul Rahman

e) Y. Bhg. Dato’ Prof. Dr. Rujhan Bin Mustafa

 

 

Pinjaman Pendidikan

Pinjaman Pendidikan


 


Universiti Tenaga Nasional

Bidang Pengajian ditawarkan adalah semua bidang yang ditawarkan di peringkat Asas dan Ijazah Sarjana Muda.
Terbuka kepada pelajar lepasan SPM dan STPM yang memenuhi syarat yang ditetapkan.
Berumur tidak melebihi 23 tahun, mendapat tempat di UNITEN dan penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA atau IPTS.

Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan Diploma dalam bidang-bidang berikut sahaja:-

 Kejuruteraan
Kejuruteraan Elektrik (Kuasa)
 Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Awam
Sains Komputer
 
Bukan Kejuruteraan
Teknologi Maklumat
Kewangan
Perakaunan

 Terbuka kepada pelajar lepasan STPM, Diploma atau Matrikulasi yang memenuhi syarat yang ditetapkan.  Berumur tidak melebihi 23 tahun, mendapat tempat di IPTA dan penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA atau IPTS. Untuk menyemak dan memohon Pinjaman Boleh Ubah (PBU) dan Biasiswa sila layari http://yayasan.tnb.com.my/sam.