KEM REMAJA BESTARI 2016

Program KRB 2016 adalah merupakan acara tahunan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang dikhaskan kepada anak-anak warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB)/pesara LLN/TNB serta sebilangan kecil golongan yang kurang berdaya saing terutamanya anak-anak yatim. Program KRB telah berjaya dilaksanakan sebanyak 15 kali sejak ianya dimulakan pada tahun 2001. Sejak dari itu ramai pelajar telah mendapat manafaatnya samada secara langsung mahupun tidak langsung.

 Kem Remaja Bestari 2016 telah diadakan secara serentak di empat zon iaitu Zon Tengah (Selangor), Zon Selatan (Melaka), Zon Utara (Kedah), dan Zon Timur (Terengganu). Jumlah peserta yang hadir bagi empat zon ialah 724 orang termasuk anak-anak yatim.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah seperti aktiviti berbentuk LDK,Masterchef, Do It Yourself , flying fox, wall climbing, abseiling, obstacles dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian lokasi KRB. Pengisian rohaniah seperti solat berjemaah,tazkirah dan ceramah motivasi juga diadakan bagi memberi kesedaran dan memberi kesan kepada para peserta.

 

Konvensyen Sekolah Berasrama Penuh

rhr@UNITEN – Pada 23 Mei yang lalu, KONVENSYEN BAGI BAKAL KETUA PENGAWAS SEKOLAH BERASRAMA PENUH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2014, usahasama di antara Yayasan Tenaga Nasional dengan Kementerian Pendidikan Malaysia  yang bertemakan TNB – Nurturing Future Leader  telah berjalan dengan jayanya. 

 TNB – Nurturing Future Leader telah dirasmikan oleh Dato’ Roslan Abd. Rahman, Ketua Pegawai Korporat dan seramai 136 peserta telah menghadirinya. Peserta-peserta program yang terpilih bagi mengikuti program ini adalah merupakan bakal-bakal ketua pengawas  bagi Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak. Antara objektif utama bagi program ini adalah:

 

  • Membentuk bakal-bakal pemimpin masa depan
  • Pencerahan mengenai haluan kerjaya
  • Menerapkan nilai-nilai korporat

 Sepanjang program ini berlangsung, peserta-peserta telah didedahkan aktiviti-aktiviti seperti mengenal kerjaya yang sesuai dengan personaliti peserta, peranan Tenaga Nasional Berhad dalam menjadi pengerak kemajuan negara dan perkongsian pengalaman oleh anggota kerja dan Pelajar Tajaan YTN.

 Di Majlis penutup, En. Azman Zakaria, Pengarah Yayasan Tenaga Nasional mengharapkan bahawa program ini dapat sedikit sebanyak menjadi perangsang kepada para peserta untuk terus komited dalam pelajaran dan seterusnya menjadi bakal-bakal pemimpin di masa hadapan.

 

Para pelajar mendengar taklimat semasa berkunjung  ke Stesen Janakuasa Putrajaya

Para pelajar bergambar selepas majlis penutup bersama En Azman Zakaria,  Pengarah Yayasan Tenaga Nasional beserta pegawai dari YTN dan guru-guru pengiring

PENGARAH YTN MELAWAT PESAKIT JANTUNG

“ Risau dan sedih “ keluhan Encik Azman , setelah mendapat tahu bahawa anaknya Nadia Syahira mengidap penyakit jantung berlubang setelah dua bulan dilahirkan. Perasaan itu di bawa oleh En Azman sehinggalah pada tanggal 24 April 2015, adik Nadia Syahira yang telah berumur 13 tahun selamat menjalani  Pembedahan Jantung di Institut Jantung Negara.

Kunjungan Dato’ Dr. Shaari Md Nor, Pengarah  Yayasan Tenaga Nasional pada 12 Mei 2015 yang lalu disambut gembira oleh Encik Azman serta isterinya. Wajah riang terpancar di wajah Encik Azman dan isterinya  kerana  adik  Nadia Syahira telah sihat dan cergas seperti kanak – kanak lain yang seusia dengannya. Adik Nadia Syahira adalah pelajar tingkatan 1 di Sekolah Menengah Taman  Tunku Jaafar Senawang amat gembira kerana selepas ini beliau dapat menjalankan aktiviti – aktiviti  luar di sekolahnya.

Encik Azman sekeluarga amat berterima kasih kepada YTN kerana telah membiayai  kos pembedahan anaknya. Yayasan Tenaga Nasional menyumbangkan sebanyak RM22,869.90 untuk membiayai keseluruhan kos  pembedahan tersebut.  Pada kunjungan tersebut  Pengarah Yayasan Tenaga Nasional menyampaikan sedikit buah tangan berupa hamper dan barangan mainan untuk adik Nadia Syahira.

Persembahan Projek Corporate Social Responsibility (CSR) bagi tahun 2013/2014

  “Idea membawa pelajar mengelilingi kawasan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) menggunakan basikal adalah satu idea yang unik”  Itu lah salah satu ulasan ketua panel pada Majlis Persembahan Projek CSR 2014 yang diadakan di rhr Hotel pada 26 Mac 2014.

Pada majlis tersebut sebanyak 10 kumpulan iaitu 8 kumpulan dari UNITEN Kampus Putrajaya dan 2 kumpulan dari Kampus Muadzam Shah, membentangkan projek CSR yang telah mereka jalankan di sekolah-sekolah menengah sekitar  25 kilometer radius dari Kampus UNITEN.

Objektif utama projek CSR pada tahun ini adalah memperkenalkan UNITEN dan juga Yayasan Tenaga Nasional (YTN) pada masyarakat luar terutama kepada para pelajar sekolah menengah. Setiap kumpulan  diberi  sebanyak RM5,000.00 untuk menjalankan projek CSR tersebut.

Kumpulan Putrajaya 7 dengan projek bertajuk “Persue Your Dream” telah dinobatkan sebagai pemenang. Mereka membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM600.00 dan sijil. Manakala tempat kedua dimenangi oleh kumpulan Muadzam 1 dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM500.00 dan sijil. 

Kumpulan Muadzam 2 pula mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM400.00 serta sijil. Pengarah YTN, Encik Azman Zakaria telah menyampaikan hadiah dan sijil kepada pemenang dan peserta pada majlis tersebut.

 

 

 

Program 'TNB-Nurturing Future Leaders'

BANGI - Seramai 138 orang pelajar diberi peluang pendedahan dunia kejuruteraan melalui program TNB-Nurturing Future Leaders, anjuran  Yayasan Tenaga Nasional (YTN), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad baru-baru ini.

Pengarah Yayasan Tenaga Nasional, Dato Dr Shaari Md Nor berkata, mereka adalah pemimpin-pemimpin pelajar terpilih dari Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara.

"Hasrat kami di TNB agar program ini dapat membentuk bakal-bakal pemimpin masa depan," kata Dato' Dr. Shaari ketika majlis penutup program tersebut di di hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional, di sini.

Sepanjang program empat hari itu, mereka berpeluang mengenali lebih dekat operasi teknikal TNB, maklumat kejuruteraan terkini dan haluan kerjaya seorang jurutera di Uniten, Stesen Janakuasa Putrajaya serta Ibu Pejabat, Bangsar.

Testimonial Pelajar

"Kini saya rasa lebih bersemangat untuk belajar dengan lebih gigih dan melanjutkan pelajaran ke luar negara menerusi bantuan biasiswa YTN. Walaupun ekonomi gawat, nampaknya YTN masih mampu untuk menaja pelajar ke luar negara," Muhammad Fayyadh Othman. Pelajar SekolahBerasrama Penuh Integrasi Rawang.

"Sesi bersama bekas pelajar tajaan YTN mencetuskanperspektif baharu buat diri saya. Semangat ditunjukkan bekas pelajar ini mempamerkan ikatan kekeluargaan yang sangat kukuh dalam sebuah keluarga besar TNB." Muhammad Syazanee Syahme Hawari. Naib Ketua Pengawas Sekolah Sultan Alam Shah.

"Saya dapat tahu lebih mendalam berhubung kejuruteraan. Saya sangat bersyukur kerana bertuah diberi peluang untuk menyertai program yang sangat bermanfaat ini."
Bonnie Lam Poh Choo. Pelajar Sekolah Menengah Sains Labuan.

"Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga yang saya dapat pelajari sepanjang program ini. Antaranya mengenai operasi TNB serta teknologi yang diguna pakai,"

Fatimah, Nur Ain Wahidah Ahmad Yusof. Pelajar Sekolah Tun Fatimah.