ORIENTASI SEMULA BIASISWA LUAR NEGARA

25 hingga 29 Julai 2016, Unit Pengajian Tinggi (UPT) telah mengadakan satu program Orientasi Semula pelajar biasiswa luar negara bagi pelajar tahun 2 dan pelajar tamat program di kolej persediaan tajaan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bertempat di rhr hotel selama 3 hari 2 malam dan juga di Lembah Azwen, Hulu Langat selama 2 hari 1 malam.

Program ini dijalankan selama 5 hari 4 malam bermula pada 25/07/2016 yang melibatkan seramai 25 orang pelajar bertujuan untuk menanamkan sifat sayang dan kesetiaan kepada TNB selain merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar tajaan dengan pihak YTN. Selain itu, program ini juga bertujuan menyedarkan dan mengingatkan para pelajar tentang tanggungjawab mereka terhadap YTN dan secara amnya dengan TNB.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung dan di antaranya ialah ceramah, latihan dalam kumpulan, permainan, bersukan dan sebagainya.

 

Perjumpaan Pengarah YTN dengan pelajar biasiswa di YTN Biasiswa

Skudai – Yayasan Tenaga Nasional (YTN) telah melaksanakan sesi pelajar Biasiswa IPTA bersama Pengarah bertempat di Pulai Spring Resort pada 26 Disember 2013 sebagai salah satu inisiatif bagi mengeratkan silaturrahim sesama pelajar dan YTN. Program ini memberi peluang kepada para pelajar untuk memberi peluang kepada pelajar mengutarakan pandangan mengenai pengurusan hal ehwal pelajar. 

 

Seramai 20 orang pelajar Biasiswa Tajaan YTN menghadirkan diri ke program tersebut yang meliputi pelajar tahun 1 hingga tahun akhir. Para pelajar disajikan dengan Chinese Food’s semasa sesi tersebut.


Pelajar sedang menikmati hidangan bersama En Azman Zakaria, Pengarah YTN

 Pelajar bersama En Abd Aziz Abdul Rahman, Pengurus Kanan YTN

Predepature United Kingdom

Satu program ‘predeparture’ untuk berlepas keUKbagi pelajar-pelajar lepasan KYUEM  telah diadakan di pejabat YTN pada 29 Ogos 2014 bagi menerangkan polisi-polisi YTN sebelum mereka berlepas ke luar Negara. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan informasi mengenai tanggungjawab sebagai pelajar YTN daripada sebelum berlepas sehingga mereka tamat pengajian nanti.

 Dengan adanya perjumpaan seperti ini, pihak operasi dapat menekankan mengenai tanggungjawab pelajar-pelajar tajaan dan memberikan semua maklumat yang pelajar perlu tahu semasa mereka berada di luar Negara.

 

 

Program Mobiliti di Jerman

KLIA, 11 April 2014 –Seramai 6 orang pelajar telah berlepas ke Jerman bagi menjalani program mobiliti selama satu semester di University of Dueissberg Essen. Para pelajar ini adalah merupakan kumpulan yang kedua terpilih untuk ke sana sejak pelaksanaan program ini pada April 2013 yang lalu.

Program ini bertujuan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada para pelajar tajaan YTN di dalam negara tentang cara hidup serta sistem pembelajaran antarabangsa. Selain itu, para pelajar yang terpilih dapat meningkatkan pengalaman baru dan dapat membantu pembinaan keperibadian bagi melahirkan individu yang berpotensi, berkaliber dan bersahsiah.

Pelajar yang terpilih adalah :-

  1. ABDULLAH AMMAR BIN SUHAIDI
  2. PUVANESAN A/L VELAYUTHAM
  3. NADIA HUMAIRAH BINTI ISMAIL
  4. NURUL HIDAYAH BINTI MOHD HYSHAMMUDDIN
  5. NURAMIRAH BINTI HILMI

Program Orientasi Semula Pelajar Luar Negara (Australia)

Program Orientasi Semula Pelajar Luar Negara (Australia) 2013 telah diadakan pada 2-6 Disember  2013 iaitu 5 hari 4 malam. Program orientasi semula kali ini telah diadakan di Residence Hotel untuk program di dalam kelas dan di Kem Nur Lembah Pangsun bagi aktiviti luar. 

Pelajar yang menyertai program ini adalah seramai 10 orang. 5 orang daripada mereka adalah pelajar tahun kedua yang pulang ke tanahair untuk menjalani latihan industry di stesen-stesen TNB, manakala 5 orang lagi adalah para pelajar persediaan yang telah ditempatkan di program AUSMAT, INTEC Shah Alam yang akan berlepas ke Australia pada Februari depan.

Di antara aktiviti-aktiviti yang menarik yang telah diaturkan untuk para pelajar bagi program kali ini adalah seperti melawat ke SJ Jambatan Connaught, Klang, Selangor bagi mendapatkan maklumat mengenai bisnes teras TNB serta melihat sendiri powerplant TNB di sana. 

Selain itu juga, pelajar-pelajar telah di bawa ke luar selama 2 malam di kem Lembah Nur Pangsun bagi menjalani program aktiviti luar seperti ‘Obstacle Course’, ‘Night walk’, ‘Jungle Tracking’, ‘Water confident’ bersama jurulatih bagi memantapkan kekuatan fizikal dan mental para pelajar dan juga memanfaatkan masa yang ada untuk merapatkan silaturrahim di antara pelajar senior dan junior.