LEGAL AWARNESS 2016 PELAJAR PBU UTHM

Pada 29 April yang lalu seramai 21 orang pelajar telah menghadirikan diri ke program ` Sesi Ramah Mesra ’ inisiatif Unit Undang undang & Kontrak YTN.

Program ini pertama kali di adakan bagi pelajar PBU IPTA di UTHM, memandangkan pelajar pelajar ini kurang pendedahan tentang perkara perkara yang membolehkan mereka di kenakan tindakan undang undang semasa dalam pengajian mahupun setelah bergraduan kelak, itu kata kata dari Puan Rozita serta Tn Hj Nizam yang memberikan nasihat dan ingatan kepada para pelajar supaya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian dan mematuhi segala isikandung perjanjian pinjaman bolehubah YTN.

 

Perjumpaan ini dimulakan dengan sesi ramah mesra secara santai serta berkenalan antara satu sama lain, ini kerana hampir semua pelajar pelajar ini tidak mengenali mereka adalah dibawah satu tajaan iaitu YTN.

Sesi ini juga berselang seli dengan perkongsian video korporat TNB serta soal jawab secara dua hala bagi memberi halatuju dan matlamat seorang pelajar tajaan dengan lebih jelas lagi.

Ahmad zehne2016LA