SESI TEMUDUG/PEMILIHAN PELAJAR BAGI PROGRAM MUTIARA TIMUR 2016

Sesi Temuduga untuk pemilihan pelajar-pelajar bagi  Program Mutiara Timur 2016 anjuran Yayasan Tenaga Nasional (YTN) melibatkan sekolah-sekolah yang berdekatan sekitar Daerah Betong, Daerah Lawas, Sarawak dan Daerah Ranau, Sabah. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Lawas, Sekolah Menengah Kebangsaan Merapok, Sekolah Menengah Kebangsaan Kanowit, Sekolah Menengah Kebangsaan Ng Dap dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sedaya dari daerah Kanowit dan daerah Lawas, Sarawak. Manakala sekolah-sekolah yang terlibat dari daerah Ranau, Sabah ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh Ranau, Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Sekolah Menengah Kebangsaan Ranau, Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan Ranau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Mohamad Ali Ranau.

 Seramai 20 orang pelajar Tingkatan 4 yang telah ditemuduga pada 02 September 2016 di PPD Betong, Sarawak dan 20 orang pelajar Tingkatan 4 yang telah ditemuduga pada 07 September 2016 di SRK Pusat Lawas, Sarawak. Manakala di Sabah pula seramai 48 orang pelajar Tingkatan 4 yang telah ditemuduga pada 05 September 2016 di PPD Ranau, Sabah. Seramai 48 orang pelajar sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti Program Mutiara Timur 2016 yang akan diadakan pada 28 November hingga 02 Disember 2016 nanti.

Objektif program ini memberi pendedahan dan mencetus aspirasi kepada para pelajar yang cemerlang tetapikurang berdaya saing dari segi ekonomi, untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan dan memperkenalkan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada masyarakat Sabah dan Sarawak..

 Sesi Temuduga ini telah diadili oleh dua orang panel iaitu Dato’ Shaari Md Nor Pengarah Yayasan Tenaga Nasional dan Eksekutif (Kebajikan) iaitu Encik Ahmad Shahrim  bin Shamsuddin.


Sesi Penerangan sebelum temuduga oleh Pengarah YTN di PPD Kanowit


Sesi Penerangan sebelum temuduga oleh Pengarah YTN di SRK Pusat Lawas


Sesi Penerangan sebelum temuduga oleh Pengarah YTN di PPD Ranau