KEM REMAJA BESTARI 2016

Program KRB 2016 adalah merupakan acara tahunan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) yang dikhaskan kepada anak-anak warga kerja Tenaga Nasional Berhad (TNB)/pesara LLN/TNB serta sebilangan kecil golongan yang kurang berdaya saing terutamanya anak-anak yatim. Program KRB telah berjaya dilaksanakan sebanyak 15 kali sejak ianya dimulakan pada tahun 2001. Sejak dari itu ramai pelajar telah mendapat manafaatnya samada secara langsung mahupun tidak langsung.

 Kem Remaja Bestari 2016 telah diadakan secara serentak di empat zon iaitu Zon Tengah (Selangor), Zon Selatan (Melaka), Zon Utara (Kedah), dan Zon Timur (Terengganu). Jumlah peserta yang hadir bagi empat zon ialah 724 orang termasuk anak-anak yatim.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah seperti aktiviti berbentuk LDK,Masterchef, Do It Yourself , flying fox, wall climbing, abseiling, obstacles dan lain-lain lagi mengikut kesesuaian lokasi KRB. Pengisian rohaniah seperti solat berjemaah,tazkirah dan ceramah motivasi juga diadakan bagi memberi kesedaran dan memberi kesan kepada para peserta.