Program 'TNB-Nurturing Future Leaders'

BANGI - Seramai 138 orang pelajar diberi peluang pendedahan dunia kejuruteraan melalui program TNB-Nurturing Future Leaders, anjuran  Yayasan Tenaga Nasional (YTN), anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad baru-baru ini.

Pengarah Yayasan Tenaga Nasional, Dato Dr Shaari Md Nor berkata, mereka adalah pemimpin-pemimpin pelajar terpilih dari Sekolah Berasrama Penuh di seluruh negara.

"Hasrat kami di TNB agar program ini dapat membentuk bakal-bakal pemimpin masa depan," kata Dato' Dr. Shaari ketika majlis penutup program tersebut di di hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional, di sini.

Sepanjang program empat hari itu, mereka berpeluang mengenali lebih dekat operasi teknikal TNB, maklumat kejuruteraan terkini dan haluan kerjaya seorang jurutera di Uniten, Stesen Janakuasa Putrajaya serta Ibu Pejabat, Bangsar.

Testimonial Pelajar

"Kini saya rasa lebih bersemangat untuk belajar dengan lebih gigih dan melanjutkan pelajaran ke luar negara menerusi bantuan biasiswa YTN. Walaupun ekonomi gawat, nampaknya YTN masih mampu untuk menaja pelajar ke luar negara," Muhammad Fayyadh Othman. Pelajar SekolahBerasrama Penuh Integrasi Rawang.

"Sesi bersama bekas pelajar tajaan YTN mencetuskanperspektif baharu buat diri saya. Semangat ditunjukkan bekas pelajar ini mempamerkan ikatan kekeluargaan yang sangat kukuh dalam sebuah keluarga besar TNB." Muhammad Syazanee Syahme Hawari. Naib Ketua Pengawas Sekolah Sultan Alam Shah.

"Saya dapat tahu lebih mendalam berhubung kejuruteraan. Saya sangat bersyukur kerana bertuah diberi peluang untuk menyertai program yang sangat bermanfaat ini."
Bonnie Lam Poh Choo. Pelajar Sekolah Menengah Sains Labuan.

"Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga yang saya dapat pelajari sepanjang program ini. Antaranya mengenai operasi TNB serta teknologi yang diguna pakai,"

Fatimah, Nur Ain Wahidah Ahmad Yusof. Pelajar Sekolah Tun Fatimah.