TEMUDUGA PELAJAR UNTUK PROGRAM MUTIRA TIMUR 2015 DI BETONG, SARAWAK

Betong, Sarawak – Sesi Temuduga untuk pemilihan pelajar-pelajar bagi  Program Mutiara Timur 2015 anjuran Yayasan Tenaga Nasional (YTN) melibatkan sekolah-sekolah yang berdekatan sekitar Daerah Betong Sarawak.

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Patinggi Kedit, Sekolah Menengah Kebangsaan ST Augustine, Sekolah Menengah Kebangsaan Spaoh, Sekolah Menengah Kebangsaan Saribas,Debak, Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa, Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Layar , Sekolah Menengah Kebangsaan (BM) Saratok, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kabong, Saratok.

Seramai 45 orang pelajar Tingkatan 4 yang telah ditemuduga pada 11 Ogos 2015 di PPD Betong, Sarawak. Seramai 25 orang pelajar sahaja yang akan dipilih untuk mengikuti Program Mutiara Timur 2015 yang akan diadakan pada hujung bulan November nanti.

Objektif program ini memberi pendedahan dan mencetus aspirasi kepada para pelajar yang cemerlang tetapi kurang berkemampuan, untuk terus cemerlang dalam bidang pendidikan dan memperkenalkan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada masyarakat Sabah dan Sarawak..

 

Sesi Temuduga ini telah dijalankan selama satu hari sahaja dan diadili oleh dua orang panel iaitu Dato’ Shaari Md Nor Pengarah Yayasan Tenaga Nasional dan Eksekutif (Kebajikan) iaitu Encik Ahmad Shahrim  bin Shamsuddin.