SUMBANGAN KSDR RAMADHAN 2015

Seperti tahun-tahun yang lalu, Kelab Sukan Dan Rekreasi YTN menjalankan satu program Sumbangan Hari Raya dan akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan. Tahun ini juga KSDR dan semua anggota kerja Yayasan Tenaga Nasional turut bersama-sama membantu dalam menyalurkan sumbangan yang telah bermula sejak 1 Ramadhan yang lalu.

Alhamdulillah, bersyukur mak cik dengan bantuan yang diberikan oleh tuan dan puan semua” , begitulah luahan Puan Ramalah, nenek kepada empat orang cucu di mana salah seorang daripada mereka adalah OKU. Sejak kematian kedua ibu bapa mereka, Pn Ramalah telah mengambil tugas untuk membesarkan mereka .

Hasil sumbangan telah dihulurkan oleh Pengarah Yayasan Tenaga Nasional dengan diiringi oleh Eksekutif Pentadbiran & Sumber Manusia serta Pengerusi Kelab Sukan Dan Rekreasi YTN kepada Pn Ramalah.