ORIENTASI SEMULA BIASISWA LUAR NEGARA

25 hingga 29 Julai 2016, Unit Pengajian Tinggi (UPT) telah mengadakan satu program Orientasi Semula pelajar biasiswa luar negara bagi pelajar tahun 2 dan pelajar tamat program di kolej persediaan tajaan Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bertempat di rhr hotel selama 3 hari 2 malam dan juga di Lembah Azwen, Hulu Langat selama 2 hari 1 malam.

Program ini dijalankan selama 5 hari 4 malam bermula pada 25/07/2016 yang melibatkan seramai 25 orang pelajar bertujuan untuk menanamkan sifat sayang dan kesetiaan kepada TNB selain merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar tajaan dengan pihak YTN. Selain itu, program ini juga bertujuan menyedarkan dan mengingatkan para pelajar tentang tanggungjawab mereka terhadap YTN dan secara amnya dengan TNB.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program berlangsung dan di antaranya ialah ceramah, latihan dalam kumpulan, permainan, bersukan dan sebagainya.