PROGRAM REORIENTASI PELAJAR BIASISWA LUAR NEGARA

Kajang – Satu Program Orientasi Semula Pelajar Biasiswa Luar Negara telah diadakan pada 27 hingga 31 Julai 2015 yang lalu. Program yang dijalankan di Rhr Hotel telah melibatkan seramai 32 orang pelajar  yang sedang  menuntut di Luar Negara  (UK,US, Kanada & Jerman) serta  pelajar tajaan YTN yang sedang mengikuti program persediaan.

 

Objektif program ini dilakukan adalah untuk Memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar tentang bidang-bidang bisnes TNB dan menyemaikan Nilai-nilai Bersama TNB di dalam diri pelajar.Selain daripada itu, diharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat merapatkan hubungan di antara pelajar-pelajar tajaan dengan pihak YTN. Selain dapat membangunkan kompetensi kepimpinan para pelajar di masa akan datang kelak.